Sunday, March 20, 2011

Assignment, assignment, assignment...

Hmm... siap satu assignment,dtg assignment lain... siap satu presentation, dtg presentation yg lain... habis satu quiz, dtg quiz lain... mcm tu la hidup seorg student x lekang dgn task... bila time jadi student, x sabar2 nk bekerja... time dh bekerja, teringin plak nk jd student balik, itu la manusia x pernah puas n x pernah besyukur dgn apa yg mereka ada... so, bersyukur la dgn apa yg kita ada n enjoy la hidup sbagai student sbb mase kita jd student la kita bleh enjoy gelak2 dgn member2, lepak2 dgn member n hangout dgn diorg...


Sunday, March 13, 2011

Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan



Tahniah ety...


Gembira rase hati bile kkak tersyg tlah pun lulus Diploma Akauntansi...TAHNIAH ye ety, terpancar rase gembira di wajah ety...bangga mak bile tgk anaknya berjaya, setiap ibu bapa pasti akan bahagia dan berbangga apabila anak yg mereka jaga sejak kecil hingga dewasa telah berjaya...terserlah wajah gembira pada wajah seorang ibu, namun dalam masa yg sama terselit wajah pilu pada wajahnya apabila suami yg dulunya bersama-sama membesarkan cahaya mata mereka tidak sempat melihat anak mereka berjaya...sebak hati ibu semasa nama anaknya disebut untuk berdiri di atas pentas untuk menerima diploma yg telah ditamatkan oleh anaknya...tidak sempat untuk ayah melihat anak-anaknya yg lain berjaya ke muncak menara gading... Semoga rohnya dicucuri rahmat...


Monday, March 7, 2011

True Love...

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."